Thursday, 17 May 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..

Seperti yang di ketahui umum, Nexus Event telah pun menjalankan aktiviti Zoo Boot Camp di Zoo Negara pada 12 dan 13 Mei yang lepas. Syukur, sepanjang event berlangsung tidak banyak krisis yang timbul malah, event ini berjalan dengan jayanya. Semua Zoolunteers juga menunjukkan sifat yang positif khususnya dari segi disiplin, menepati masa dan sering memberikan kerjasama yang baik dalam setiap arahan ataupun tugas yang diberikan.


Nexus Crew

Oleh itu, di kesempatan ini, Nexus Event ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek akhir kami ini, khususnya pihak Zoo Negara, pihak Katering, pihak UiTM dan akhir sekali, semua zoolunteers yang sudi untuk menjadi participant dalam event kami ini.




kepada pihak media yang juga turut hadir, iaitu dari Pihak Berita Harian dan RTM yang menjadikan para zoolunteers menjadi lebih bersemangat dalam menjalankan tugas, ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga pihak Nexus ucapkan. 

sekian. wassalam




Saturday, 14 April 2012

Potluck

Bersempena dengan 4 orang nexus yang baru saja berpindah rumah, mereka telah menjemput ahli2 Nexus yang lain untuk aktiviti makan2 sambil membuat bacaan yasin di rumah mereka..dengan adanya event ini telah mengukuhkan lagi silaturrahim sesama nexus..event ini dibuat pada hari khamis malam jumaat di apartarment Intan fasa3..

jom tengok2 gambar:








Thursday, 12 April 2012

Final Project Preparation

            Zoo Boot Camp, event yang menjadi buah mulut di kalangan student Puncak Alam. Memandangkan tarikh event kami yang tidak berapa lama lagi akan berlangsung, pelbagai persiapan yang sedang dilakukan terutamanya bagi department marketing yang tidak menang tangan untuk mempromosikan event kami ini. Bukan itu sahaja malah kesemua department turut merasakan kebahangannya. Department PD yang sedang memikirkan idea idea yang lebih menarik untuk mengelakkan para peserta di Zoo Boot Camp merasa bosan dengan aktiviti yang bakal dilakukan. Department logistik, juga sedang bingung untuk memikirkan segala keperluan yang diperlukan untuk menjayakan event ini nanti. PM, PM assistant, treasurer, secterary dan semua yang terlibat amat memberikan komitmen yang sangat tinggi dan inilah yang menjadikan Nexus menjadi semakin bonding dimana setiap ahli memberikan kerjasama yang sangat baik dan professional.

 Berikut ialah sedikit sebanyak aktiviti yang dilakukan oleh marketing dept dalam menjayakan event ini:


















           

Saturday, 7 April 2012

Zoo Negara Site Visit

Salam..

Seperti sedia maklum, Nexus Event telah pun pergi ke Zoo Negara untuk melihat sendiri keadaan sekeliling untuk memudahkan lagi the member untuk melakarkan mengenai area2 y sesuai untuk aktiviti ini nanti iaitu Zoo Boot Camp 2012..






sekian saja..tq ..:)